Kehidupan awal Ahmad_Fauzee

Beliau dilahirkan di Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur dan pernah menuntut pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Beliau dilihat gemar menjayakan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan budaya semasa di sekolah menengah. Beliau juga pernah bekerja di sebuah syarikat penerbangan dari Malaysia di samping aktif dalam bidang nyanyian.[1]

Beliau merupakan seorang peminat P. Ramlee dan pernah menganggotai kumpulan Pancasitara 3 setelah ditawarkan oleh syarikat rakaman Warnada. Beliau juga pernah merakamkan album dan mengambil keputusan untuk berhenti daripada pekerjaan asalnya pada tahun 1985.[2] Beliau terpaksa berhenti kerja kerana banyak menerima tawaran untuk membuat persembahan terutamanya daripada pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk program Mekar Sejambak. Beliau telah berkahwin dengan Ayu Abdullah dan dikurniakan dua orang anak iaitu Ahmad Zidane dan Ahmad Zicran.[3]